Maaf sahabat. Aku tak mampu untuk bersama korang dalam aerobik itu. Aku tak boleh. mungkin korang boleh kata aerobik itu bukan tarian tapi aku tak mampu untuk bersatu dengan muzik. langkahku kini sumbang. Nak tahu kisahnya? macam ni.. meyh kita bubble bubble bersama. bayangkan....
kisah bermula empat tahun yang lalu. satu hari datanglah seorang makhluk Allah. satu ayat je dia bercakap. tapi memberi kesan pada hidup aku sampai hari ini. Nak tau? ni ayatnya " bila bunyi bersatu kau milikku " Haaaaa takut tak takut tak? lepas dia cakap ayat itu, kami samasama masuk pertandingan tarian. Ya! bila bunyi bersatu memang aku milik dia. setiap kali muzik dimainkan memang aku rasa dunia ni hanya aku dan dia. tapi bila habis sahaja muzik aku tersedar yang ini bukan dunia aku. muzik dan tarian bawak aku kepada dia. muzik dan tarian buat kami bersatu. seperti muzik juga yang sentiasa ada penamat. kisah kami tamat setelah muzik dan tarian habis dimainkan.
sekarang dah lama aku tinggalkan muzik dan tarian. aku dan dia pun dah mula hidup masing-masing. rasa kecewa dan marah pun tak pernah ada. Tapi untuk aku menari macam dulu mungkin tidak. Aku tak sanggup tgk langkah tari aku sendiri dan aku malu untuk ditonton oleh semua org. Langkah aku tak sehebat dulu. dahulu bila muzik dimainkan aku mula melangkah mengikut rasa hati. Aku menari dengan hati. sebab aku cinta tarian dan muzik. tapi kini, saat aku melangkah mengikut rentak lagu, hati aku tidak bersama aku. Waktu itu aku sedar, langkah aku sumbang. lebih baik aku menjauh dari diketawakan. takkan menari? entah. tarian itu jiwa aku. tp ia tak lengkap. dimana pelengkapnya? aku tak tahu. Maafkan aku.
Ini tarian terakhir aku. Aku rindu. Tapi aku tak mampu.
