Wednesday, January 15, 2014

ifyougot

Ku renung kisah
Yang terlayar di kaca fikir
Plot cerita yang mudah
Di permulaan cuma
Bila kemahuan campur sedikit usaha
Nah!!!! Hadap!
Berterusan hingga klimaks menjamah tirai

Aku usung diri ke timur
Bayu cina selatan taufankan aku
Berbolak balik aku ke selatan
Baru menjengah
Aku terus dihambat jauh
Aku gagah pula ke barat
Selangkah hampir tiba
Aku hanyut ke utara dibawa laut
Puas ku daki untuk ke puncak
Terlalu banyak dinding menghadangi
Aku ditepis
Aku dipijak
Aku titip doa satu-persatu
Aku kutip semangat di sekeliling
Kini aku menumpang rehat di tengah sudut

Ya tuhan
Aku merancang kau yang tentukan
Di mana tempatku?
Apakah watakku?
Tuntunlah aku
Siarkan kesudahannya
Yang tiada dalan jangkaanku
Aku tagih hikmahmu


Saturday, January 4, 2014

Dejavu

Aku intai dia
Di balik cermin kaca
Dia masih tekun
Dengan kerja tanpa penghujung
Terkadang meniup hujung selendang
Yang melitup cantik melepasi dada
Air muka tampak halus menyusur
Tutur kata disusun tegas fahaman pendengar
Buat diri sentiasa disegani
Dia punya akal bermotor kelas pertama
Senyum diukir pabila perlu
Beauty with the brain kata orang
Cukup positif

Kini sudut mejanya menarik mataku
Dua figura kaku berkongsi jiwa
Si isteri yang berdikari
Si sasa yang sentiasa memenuhi
Sut korporat membalut dua tubuh
Sudah cukup mengatakan
Dia mampu berdiri sendiri

Kepala dilentuk pada bahu suami
Tgn kanan pada letaknya hati suami
Kali ini aku nampak manjanya dia!
Hilang kehebatannya di pejabat
Diturunkan ego tatkala suami disisi
Kerana dia seorang isteri

Tangan si suami melingkari pinggang
Pautan kiri mati diperut yang berpenghuni
Dua senyum terukir
Aku dan dia nampak sempurna!

Tuhan,
Jadikan aku pemilik mimpi ini.




Friday, January 3, 2014

Belum punya nama

Bukan memilih hanya menguji
Bukan untuk aku
Tentunya buat keluarga serta bakal zuriatku
Kau nikahi ku
Kau mendakap mereka

Tidak perlu si genius yg memutar formula
Kerana aku bukan bidadari cerdik
Cukuplah IQ nya lebih satu dariku
Agar dia punya jawapan
Pada setiap soalanku

Tindakannya sering berbataskan ilmu
Ilmu tentang apa?
Tentang agama!
Yang bisa memandu kami ke syurga
Tentang kerjayanya!
Agar dia terus punye tempat didunia
Tentang keluarga!
Insan paling akrab serta letak syurganya
Dan tentang aku!
Bukan wanita tetapi aku
Sebagai mana kau fahami hati ibumu
Begitu jugalah kau menjaga airmata serta senyumku

Sekali lagi aku tegaskan
Dia cuma berilmu bukan pakar
Aku soalan Dan dia jawapan
Bukan betul atau salah jadi ukuran
Tapi ideanya
Siapa dia?



hey ajnabi

Orang disana,
Tak malunya kau
Sampai aku yang harus balik muka
Mudahnya kerja kau
Hingga aku dapat susah

Orang disana,
Sekali kau lihat fotoku
Terus kau pinang
Apa kau Gila
Khabarku hanya diberitakan
oleh temanmu
Berapa lama dia mengenali ku?
Sini aku ceritakan
Tak sampai sehari

Orang disana,
Lantang kau kata
aku si sombong mendongak langit
Aku bukan bongkak dengan apa
Yang bukan milikku
Cuma tinggalkan sikit rasa curiga
Kerana fobia pada yg lama
Cepat benar kau menilai
Cepat juga kau menyesal

Orang disana,
Tak pernah ku kenal namamu
Tak pernah ku lihat rupamu
Apa lg hatimu
Awas tutur katamu
Rapikan langkah itu
Aku bermain dgn adat Dan agama
Cairkan aku dengan ilmu
Bukan tarian lidah sumbangmu.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...