Saturday, October 27, 2012

TMO Mari Beraya Bersama FiRaNa

Assalamualaikum ;)

ehem ! ini persediakan kami untuk merayakan hari raya aidiladha. hari khamis hari tu class pukul 11 sampai satu. yea yeaa mcm takde class je. pg class acc untuk amik paper test hari tu. haha. klakar jgk la kan. kalau tak dah boleh ikot encik arif balik kg. dah mcm2 idea beliau bg smpai suruh ponteng class. tp iman saya yang kuat ttp ingin ke kelas. at last? takpelah. ada hikmahnya ;)

after class kemas bilik. siap2 baju nak pergi rumah tierah and wana. tgh2 kemas tu tetiba terlelap. yeahhh penat ! dah berhari2 tak tido mengadap assgment Engkau Tiada Rehat, presentation and so on. adat hidup sebagai student. nak tido lebih jadi budak tadika la. or just apply nak berhenti blajar dekat MARA. so, u're please to sleep enough :) dlm pkul 5 sampai lah saya di rumah mereka.


ni la kerja sebelum hari kejadian.

duk fikir tetamu nak jemput. menu apa nak masak. saya dgn wana duk pening dgn segala menu pelik tierah. dia igt dia tgh duk serumah dgn kaum kerabat chef wan ape mintak makanan pelik2. berlambak jgklah menu. sampai search internet bagai.

lepas tunggu diorg bersiap kami bergerak ke tesco. nasib kami baik hari ni trun je bas dah sampai ;)


 sebelum shopping shooruuuuuu dulu. im on diet. minum jerr ahaks ! kalau nak percaya ;p

 beli roti untuk makan mlm nnt. tanak masak dah.

 shoppingshopping
 beli untuk nasi ayam. kat sana baru dapat fikir nak masak ape. ibu pun cadang buat nasi ayam. for the first time ibu bg kepercayaan. haha

 cik wana pilih ayam sambil tersenyum sipu. ramai kott org. padahal esok nak dapat daging free tu.

 untuk senyuman mcm tierah makanlah bijirin fitnesse. nescaya anda tidak akan menyesal. "pandanglah lihatlah, tiru mcm saya ;)"


 two girls kat atas ni sengaja cari pasal. Hahaha. tpkan baru perasan tin tu mcm nak sama -.-

agak2 cukup tak duit kami bawak ni ?

 she paid the bill like a boss
mengalahkan Mia. sorang pilih gula-gula. sorang main mainan. yang pilih gulagula tu sbb dia sedih tak balik raya. tu yg duk beli stok gulagula byk tu. tierah tak beli sebab dia tak kisah. tak balik pun takpe fon selalu bunyi. senyum kat fon tu makruh tau sebenarnye ;p

lepas belibeli barang kami pun balik. hujan tanak lebat plak. redah je la. yela.. takde tunang nak dtg amik. tetiba rasa untung jadi kak shila. td masa makan jumpa kak shila. dia tunggu tunang amik nak balik rumah. raya samasama. kami dah woww. sambil pandang masing2 dgn mimik muka 'kau ada??' hahaha semoga sampai ke jinjang pelamin kak shila ;)

naik bas tu saya pg tnye soalan tak munasabah munasarawak plak kat pakcik bas tu. gaya mcm tak penah naik bas. ada ke tnya "kpm berapa pakcik?" dgn slumber pakcik jwb "kpm bukan satu tu je ke." erkkk okay, memburukkan loyar sungguh pakcik ni. tierah dgn wana dah sengih2 kerang busuk ya amat.

sampai rumah relax jap. then masak kek batik. yeahhh. ada kes sikit time masak kek batik. pernah ke aku masak dgn aman ? mmg tak la kannn -.- siap ! masuk peti ais. then tido ;)

 HANYA KAMI ;)

 haaa segala drama ini telah diarahkan oleh eddy. mcm2 gaya kami kene buat. ;)

 okayyy, aku punye la semangat. wana n tierah tak buat pun ! tuan director ! apa ini...

pasangan yg paling kiri tu agak abnormal. haha. btw the picca, just for fun. no heart. aint serious one ;)

SEKIAN WASSALAM ;)






p/s makin jauh makin jauh. disini tapi tiada :)

Mari Beraya Bersama FiRaNa

Assalamualaikum ;)

Salam AidilAdha buat seluruh umat Islam. Ini ada org nak bagi salam perantauan sikit. gaya mcm duk oversea jer semua. ;)


our style. lets check it ouuttt







tahun ni tahun ketiga tak balik raya bersama family. dah biasa dah. tak pyh nak usik sgt lah. ;p
 jom tgk gambar nak ? tak sabar dah ni ;)


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI KAMI BUAT SELURUH UMAT ISLAM ;)




Kehadiran para tetamu jemputan. Nasib lah ada dorg ni kalau tak tatau la saya dgn tiera nak pujuk wana camne bila dgr takbir raya haha

mereka mula menjamu selera. ade ke cakap kamu beli kat pak lang ! sungguh tak patottt. nak tgk apa mereka makan ? jap yeee.. sila scroll bawah lagi !

 bab rasa, ehem ! tgk tgn anak dara kami ni lahhh . ni cara2 nak buat nasi ayam.

 first, basuh ayam then potong ayam ikut suka nak besar mana. tapi ibu selalu potong sebelah jer.
 dah basuh ayam tu bersih2. rebus ayam sampai empuk. letak air byk2 sebab air ni untuk masak nasi dgn buat sup terus. baru ada ummmppphhhhh.. ;)

 bila ayam dah empuk, angkat then perap ayam selama 20 minutes. bahan perap ada halia, bawang putih, tapi kami buat resepi sendiri tambah bwg merah. pastu blender dgn kicap. kalau nak sedap campur la sos tiram kicap pekat tapi kami guna kicap jalen lemak manis jer. tak mampu. hehe. ouh kalau nak pedas letak cili sikit.

 sementara tunggu ayam perap. boleh lah masak nasi. basuh beras mcm biasa. letak air rebusan ayam tadi. panaskan butter, tumis bawang putih and halia yang dipotong. dah mcm masak2 sikit masukkan dalam beras tadi. kacaukacau sikit. then letak kat rice cooker tggu sampai masak.

 ni sos nasi ayam. blender je cili merah 5 atau 6, bwg putih and merah, halia. dah blender tu mak masak boleh, tanak pun tak pe. tapi kami masak.


ini sup. mak oiiiii, susahnye nak buat. tatau la salah letak apa. rasa pelik2 jer. then tambah la segala jenis gula,garam, pak aji. lastlast, okay jgk ;)

ni aksesori jer ;)


tula.. amatur masak kan? asyik2 jeling laptop kenit tierah ni, kejap2 call ibu. hehe. but we did it terah, wana !!!!!!!! ;) heeee. bila part nak rasa tu ya Allah, berdebarnye.

TARARRRAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!


inilah hasilnya. amacam ? lulus tak ?
;p

ni kek batik. buat malam raya sbb nak letak dlm peti ais. kalau buat pagi raya alamat tak sempat makan la ;) wana buat cocktail. habis kut tgk muslim dgn pali gogok haha ;p

 
lepas makan rest sementara tggu diorg nak pg solat jumaat.
semua liat sbb makan nasi tambah plak kan. haha


tak boleh upload byk sbb intenet slow.


 senyum jer di pagi raya ;)

 Di Mantin. lepas penat lelah pegi rumah makcik tierah ;)


wana tgh curi payung budak kecik.

NAHHHHH... ini lah yang nak kami kerjakan haha

yeahhhh... hari yang penat. pkul 5 baru dapat rehat. walaupun penat tapi sgt seronok. jadi kesempatan ini, saya fatin zaffiera ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjengah kami yang tak pulang berhari raya ini.


P/s nnt tgk post untuk TMO Mari Beraya Bersama FiRaNa ;)

Dear future husband, menu dlm rumah kita bertambah satu lagi. Mungkin tak sehebat mak awak masak tapi ini isteri awak yang masak tau. Its gonna be the best cook for ur child. Wherever u are Happy Eid ;p
 
wassalam


Monday, October 15, 2012

Symbolic

Assalamualaikum ;)

*sapusapu,buang sawang*

yeah, ini dah last sem untuk diploma saya di kolej terchenta. byk benda yang dah dipelajari sama ada dalam silibus atau luar. Jumpa org yang patut saya jumpa. Kenal dan bersahabat. ehh jap ! belum nak abis sem lagi. ni mode assgment. mode busy. boleh muntah hijau kalau tak kena gaya nak handle. sbb tu le blog ni dah mcm blog pusaka jer. tetapi MARA sgt memahami. kerana minggu lepas kami telah diberi cuti seminggu. ada program apa ntah kat sini. tapi kann sungguh la budak2 ni. dah bg tumpang bilik dah kemudahan lagi nak buat harta sendiri. habis selipar dengan perfume kene sapu. salah sendiri la. sapa suruh tinggal. konon nak buat baik. ;)

updated kali ini takde apa pun. saja nak cerita sementara tunggu iza hantar assgment yang saya suruh dia convert. lama jgk laa. ;)

 ini kisahnyeee...

"nak tnya! kenapa girl having a haircuts?"
= " Ha? ni mmg nak tnye or ajak sembang?"
"takk. ni betulbetul"
= " apa yang pelik dengan cutting hair? "
" Must be something. Im dead serious k "
= "ohokayy. either rimas or yeahh 'must be something' "
"must be something tu ape?"
= "getting a new life or you now, rambut ni kan mahkota wanita. antara anggota yang paling perempuan sayang then bila dia perlu tinggalkan anything yang dia sayang simboliknye most of the girl akan potong rambut. kot laa. tak semua org mcm tu. ;)
"ohh i see. patutt laa "
="patut la ape?"
"ehh tak de pape "
= "ouh okay then"
"bila last you having a haircuts?"
= " errr last week "
"WHATTTTTT ???? on what reason? hurt by someone else huh? Haha "
= " Hell nooo ! hahaha. just rimas and asked by mum haha "
"trying to believe it ;p "
="Don't bother. ;) btw, try to ask her to wear a hijab la. lagi manis"
"haha. nice try! shot kena dahi. mana tahu?"
="tgk org laaa ;p Dictionary! "


*kalau pakai tudung kan cantik. kalau bukan untuk diri sendiri pun buatlah untuk org yang ada share dalam dosa kamu mendedahkan aurat. tak sayang? ;)


wassalam

Friday, September 14, 2012

Aidilfitri MARA

Assalamualaikum ;)

pada tanggal 11 september 2012 kami anakanak MARA telah diraikan dengan jamuan hari raya bersama MARA di KKTM Beranang. terdapat pelbagai acara dan jenis makanan yang telah menambat hati kami semua. Acara ini telah dirasmikan oleh menteri pembangunan luar bandar dan wilayah YB Dato' Shafie Apdal. hari itu juga class kami dibatalkan dari pkul 9-2 petang. after that? HAAAA KUIZ ATAP tahuuuuu? -.- tak pernahpernah org ambil kuiz skit punya bergaya. yang perempuan berselendang berlilit bagai, tak tgk yang berlip lap dengan tudung bungabunga di kepala. yang lelaki siap bersampin kalau kepala bertutup dengan songkok dah boleh tarik jumpa tok kadi dah. meriah sungguh ! jom tgk keadaan disana !

beranang style ;)

 ini emcee majlis. gambar madam mahsuri tak sempat nak snap. ;)

Potret YB. kalau tak silap la kan, org yang lukis ni sambil dengar music techno. penah tgk la dulu org buat lukisan mcm ni. seronok ! creative !


 mereka bergambar. wana.reha.anis.fatin. saya camerawoman yang berjasa. tapi pinjam phone reha. haha
 wana and alia berposing sebelum makan kambing golek 12 ekor. terima kasih MARA ;)
 PM kita ;)


 ketibaan YB disambut dengan meriah. sebanyak 50 buah motosikal berarak memasuki perkarangan KKTM *kalau tak silap amount. mereka terdiri daripada pelajar KPM and KKTM.

 semua pelajar bergambar bersama YB. mereka masuk paper kot. yang tak tahan front page plak tu. nak buat macam mana saya busy snap gambar sinisana. nak lagi popular mereka masuk blog ini !!! ish ish bukan calangcalang org tau. *ehem! tak pyh cakap pape. just look sape punya blog ni ;p

 gerai yang beraneka makanan. keindahan makanan di malaysia ada di majlis raya mara.
 laksa penang yang tak sempat ku rasa.
 seee, tradisional gitu walaupun abg waiter tu pakaian tanak smart abes plak.
 from my colledge presentinggggggg KPM BERANANGGGGGGG !!!!!!
 kambing golek. walaupun 12 ekor pun kene berebut.
 saudara sedang menunggu rojak. entah sapa la ni. minta maaf ye. ;)
 kaklong  and alia yang tak sabar berposing bersama mee rebus. org ajak pi tgk koir pun tanak dah.
 lemang dan rendang
 air cepat je habis sebab cuaca yang panas terik.
 inilah kambing yang bergelek inul ;)
 adik-adikku ceria bersama kambing ;)
 ini pun ! jealous tgk saya snap picca dia pun nak jugaaaa. bagi laaaa ;)
 anis and abe. baju sedondon ;)
 meeee. wana. and iza. baru ada muka gua. tu pun kene capture sendiri. adehhhh
 baru lepas makan mcm ni la. gurau tak hengat.
 we ;)
 gelak sampai air mata merembes. kami sempat makan nasi dengan sate jer. makan pun hati dup dap dup dap sbb jap lg azab dtg. ;(
haaaa nilah kerja saya. org lain ngap ngap makan sate saya ngap ngap sedut ATAP.

majlis selesai pada waktu petang. pelbagai persembahan juga dipersembahkan. kolej kami menghantar pasukan koir kebanggaan kami dibawah pimpinan Ms deeb! Suara mereka memang mampu memukau seluruh pendengar tanah air. * hiperbola lebih! tapi serious mereka juara untuk tiga kategori dalam pesta hari kebangsaan peringkat MARA di banting ooo. mau tak bangga! okay, dalam 12 lebih saya pulang ke bilik igt nak concentrates blaja ATAP tapi tgh2 baca terlelap. haihh. penat snap gambar kot. snap gambar ehem2 untuk wana, ehem2 untuk iza. untuk saya? eleh, hidup tak bermasyarakat. baru je keluar dari mulut, nahhhhhh muncul tapi bukan cara yang diminta. mood terbang melayang terus. JOM BALIK! hahahha

akhir kata,

SAYA BANGGA MENJADI ANAK MARA ! ! !
* terbawa-bawa mood assgment berkenaan mara next week nak present tapi tak buat pun lagi ;)

nak balik ;)


kumpulan koir kolej kami dengan lagu MARA ;)
wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...