Thursday, February 21, 2013

High Sugar Less Calories


Assalamualaikum  ;)

Hmm genap 12 minggu saya  menjalani latihan industry di Intan Accounting & secretarials services. Jumpa dengan kwn-kwn baru. Yang buat saya senyum sengih masam sedih  ehem! Pejadah plak tu. Haha. First sampai kat company tu seribu macam rasa ada. Ye laa tempat baru. And ni first time nak keje ni. Mau tak seram sejuk. Ini bukan cubaan mcm test yang kita selalu buat kat kelas yang boleh jelling kiri kanan tu. INI BETULBETUL. TANGGUNGJAWAB orang ckp. Dosa oooo kalau mainmain dalam keje. Eceh! Azam tahun baru mmg cenggitu la. Padahal.. kalau supervisor takde  pi jumpa client saya dah kelain plak. Tapi make sure! Kerja siap on time! Get it Miss Fiera? Yeaaa yeaaa.


members of IASS




big boss

kak zira and kak umi. aisyah and yuni.

Hoho. Byk task saya saya kene lakukan disana. Tapi macam malu nak masuk dalam report nnt so citer kat sini je la. Hamboii cik kak sorang ni, suh buat report tanak post blog nak plak. Haaa terbukti la saya lebih shayang kan awak encik blog. Berbanggalah anda. Woott wott!

Okay! Untuk first day and for the whole week biasalah saya dipertemujodohkan dgn  kerja-kerja administration. Bertapa bertuahnye muka manis ni dan suara katak merdu ku ini bila ditempatkan department bawah yang penuh administration job. Ituu rezeki namanya. Tu yang susah jadi manis ni. Tak cantik takpe manis tu penting. Maka terpisahlah saya dengan sahabat seperjuangan Tierah dan Mustaqim. Mereka di level atas. Kerja baikbaik laaa. Saya ditugaskan untuk mengganti Aisyah student practical jgk. Dari politeknik KB. Bila tgk dia buat kerja mak oiiii boleh ke aku jadi mcm dia. Rasa mcm dia superwoman masa tu. Satu pejabat cari dia kot. Aisyah nak ni, aisyah ni mcm mane, aisyah mesin rosak, aisyah no. file ni kat mane, aisyah ttuuu,  Alah alah alah acane ni… Yaa hari first kene key in UBS, masuk kluar bilik file dan document. Bila telefon berdering je mulalah jantung tak jumpa landasan. Sakit tekak tetiba mnyerang. Acane? Tierah dgn mustaqim siap boleh mesejmesej lagi ckp boring la takde keje la. Saya kat bawah rasa nak pinjam jam power ranger then bertukar jadi sotong. Tak cukup rasa dua tangan je. Tapi nasib la favorites saya sentiasa ada memberi semangat dalam kutukan. Dia lagi penat dari saya kot. Tapi saya tau dia boleh buat. Sebab tu dia jadi favorites saya. Oh lalaaa. Hari pertama dah mengira masa untuk balik. Apa daa. Bila loceng ala ala music box tu berbunyi  saya buatbuat tak sedar la dah pukul 5.30 padahal hati dah bukak pintu kereta nak balik. Maklumlahh pekerja baru kann harus tunjuk rajin. Baru bos sayang. Izaa sahabat yang berada di kedah lain plak cerita. Wktu kerja pun tatau. Pkul 5 dia dah packing barang nak balik. Boleh plak usha pelik bila kolik dia still buat kerja. Padahal office hour smpai 5.30 haha. Hari tu sampai rumah jumpa, tuan rumah, terus panjat katil. Haishh senonoh sangat la cenggitu anak dara oii. Tetiba pinky baby tu menjerit dan terus melekat ditelinga yang excited nak dgr suara ditalian belah sana.

Anakterunarahsia: hello
Anakgadispakcikrazi: hyeeee!! (naik satu tone)
Anakterunarahsia : sukalah tu org call. (dang! He can sense it)
Anakgadispakcikrazi : ehh apaapa je lah. Penat kerja. Baru balik sampai rumah. Dia kat mane sekarang? (gedik sangat aihh. Tupun nak citer)
Anakterunarahsia : Kat station LRT. Baru nak balik. Penat jgk.
Anakgadispakcikrazi: tulaa harini kene kehulu ke hilir. Kurus dah. HAHAHA
Anakterunarahsia : mengada. Baru sikit dah merengek. Org lagi penat tau. First day dah kene blablabla. Office org kan blablabla. Bos org plak blablabla. (dia tgh excited cerita yeee tuan dengar pun excited jgk. Excited dgr suara dia! Heyy lebih kurang 530km terpisah oooo  mahuuu tak excited )
Anakgadispakcikrazi : hmm kalau kerja nanti mcm mane? Harihari macam ni. Then balik kene masak bagai. Hadoii matilah matilah.
Anakterunarahsia: tu laaa. dia takpernah rasa susah. Tak mcm org semua kene buat sendiri. Eh, pandai masak ke?
Anakgadispakcikrazi: kutuk org je tau.
~~~~~~ And the rest is History~~~~~~~



Hari kedua dan begitulah seterusnye hinggalah ke minggu 12. Setiap hujung minggu, oh ya! Hujung minggu maksudnye hari jumaat sabtu ye sebab Kelantan cuti jumaat sabtu. Pada petang khamis saya dan sepupu akan pulang ke rumah kami di tanah merah then pagi ahad sesudah subuh kami akan berangkat ke kota bharu dan terus ke tempat kerja. Perjalanan mengambil masa dalam sejam jgklah tapi mengikut kesesakan lalulintas ;)


Minggu keberapa ntah dalam bulan disember rasanya. Musim tengkujuh. Saya dan kaksu selumber je ikut jalan kampong nak pegi kerja. Tetiba air kat jalan tu laju je. Kami best je borak tanpa ragu je jalan. Sampai tak perasan air naik paras tak Nampak tayar dah. Time tu baru nak cuak. Pandang kiri kanan semak samun je nmpak. Sebijik rumah pun takde. Kaksu pandang saya.

Kaksu : ira, mcm mane ni? (sambil perlahankan kereta)
Saya : tak boleh stop ke?
Kaksu : takot enjin mati. (saya toleh belakang, takde org pun. Bila toleh depan balik air naik sampai tak nmpak cermin depan. Kaksu toleh saya. Samasama tak berani buat keputusan)
Saya: kaksu, pusing pelanpelan la. Kalau tak boleh kita harung je la nanti. Orang call abang long. (masa tu plak fon bateri habis la, credit takdelah. Saya capai fon kaksu dgn tangan shaking habis)

Akhirnye kaksu dapat pusing kereta. Ya Allah rasanye maut kat hujunghujung dah tu. Nak harung pun takot. Ye laa air tanak keruh plak. Kalah air teh susu kak zu. Segala jenis ular la ada dlm tu. Terfikir jgk kalau kereta tu hanyut. Ada ke org jumpa mayat kami nanti. Haihh macammacam fikir. Syukur sangat bila dapat lepas. Yeaa sampai kerja lambat sikit hari tu. Nasib la supervisor faham ;)
Masuk minggu keempat Aisyah dah habis praktikal. Segala tugas mmg dibahu saya. Tanpa bantuan aisyah. First tu mmg berat jgk la. Tapi lamalama okaylah. Mesin Photostat pun dah jadi sahabat karib saya. Bak kata kak zira “fiera si model Ricoh” asal sangkut je saya la yang kene baiki. Tapi kadang2 linda and kak zira pun tolong jgk.

ni la mesin yang manja gedik tuu. haih laaa. hehe comel kan kak zira?



Staff kat sini semua baikbaik. Saya suka dan selesa. Level bawah mmg perempuan je. Gossip mcmmcm. Open je cakap. Makanan tak sah kalau takde. Kalau tak setiap meja kitaorang kumpul kat meja linda. Haha nmpk mcm linda makan byk sikit ;p
Pada pertengahan disember masuk plak pengganti aisyah, yana,yuni. Student politeknik Kb juga. Tikah,Ana, dan Fazlu. Tikah dgn Ana ni okay lah! Masuk geng la jgk. Bab Fazlu mmg takboleh blah! Saya yang penuh gaya sopan,anggun dan terunggul ni pun boleh berasap tau. Haihh redha je la. Tanak cerita panjang la pasal dia. Futus fius!


31 january hari teakhir kak zira, kak umi, kak atif, kak ina dan hendra. Mereka dari UITM. Campurcampur. Ada dari KB, Shah Alam, Machang. Ni semua pelajar degree. Sedihh. Sedih sgt. Tak dpt jumpa kakakkakak ni dah. Saya dgn linda dah risau dah. Acane ni. Nanti nak buat kerja nak tnye sape? Kak atif dgn kak ina mmg lepak bawah je la akhirakhir ni. Kak atif borak dgn saya.

Kak atif : fieraa, hari ni kak atif last dah. Tak dpt jumpe fiera dah.
Saya : alaa kak atif jgn la ckp camtu. Bg alamat nnt senang fiera hantar kad.
Kak atif: haaa ni kak atif nak marah ni. Nak apa apa pun tunggu kak atif dulu. Selagi kak atif tak de sapesape fiera pun tak boleh.
Saya : alaaa tggu kak atif lambat la fiera mcm ni. (kami gelak. Yang lain pandang.)
Kak atif : alaa nak borak dgn adik jap. Last dah ni.
 ( sedih saya dengar. Ye laa masa first masuk saya rasa kak atif la org paling sombong dgn saya. Rasa mcm kak atif tak suka saya ke? Haha tapi bila dah kenal.. mak aiii caring habis! Best lah kak atif! Haha pham je tau. Hari tu kami ramairamai kene angkat kotak document tau. Mmg berat la. Kak atif dtg dekat saya.
Kak atif : fiera, kak atif mmg tak caya fiera ni. Hey tgkkkan fiera tau semua. Kak atif tak caya ni.
Saya gelak je. Kuat ni tauuuu. Nmpak je lembik!

 Takdapat dgr kak zira speaking Melbourne dah. Gelagat kak zira yang selalu buat saya gelak sensorang. Dgr kat umi punye ketawa sopan. Sekali kak umi bersuara rasa mcm ayu jer. Lembut je. Sejuk hati dengar. Kak ina plak “fiera, pinjam pc kejap jer. Kak ina nak print” kalau hendra plak “ nak print kertas hodoh” pastu cakap sambil jalan. Nak faham pun susah.

#kakzira  #kak atif # last


Masuk plak kakak dan abang baru kak farah, kak ain, kak yana, kak aisyah, kak zal, kak fida, bukhari, ramadhan dan zunaidi. Haaa diorg ni baik sgt. Sporting habis! Baru kenal mmg dah happening habis. Kak farah la insan terpilih seterusnya untuk menyambung perjuangan saya. Oh ya! Kat meja saya mmg semua tak nak duduk. Meja tuu mmg susah nak buat kerja sendiri. Haha. Good luck kak fara!!! Haha ni nak cerita sayalah yang ditugaskan untuk buat punchcard. Oleh itu sayalah yang tahu namanama mereka. Then agak terkejut bila ramai jugaklah kaum jejaka yang diambil kali ni. Saya pun buat pengumuman

Saya : okay, ada tiga jejaka untuk intake kali ni. Bg fiera pilih dulu!
Yang lain : mana? Sapa? Umur?
Saya : jap japp fiera pilih.. ermm Syawal kot! Dekat sikit nak raya! ( haha ni pilih acahacah je tau)
Yang lain : ada ke nama syawal?
saya: Ramadhan ada la. hehe Syawal next intake kot. ;p

First day mereka masuk. Takde perkenalan diri. Tak aciiii. Kami kene kot dulu. Terus amik tempat then buat kerja

Mereka pun ada meeting before lunch hari tu. Mustaqim and tierah turun lepak bawah. Saya tak join lepak sebab task saya kene hantar esokkkk. Matilahhhhhh.
Mustaqim : heyy trainee baru ada yang dah kahwin.
Yang lain : yekee? Sape? Awal nyeee.
Mustaqim : Ramadhan. Inai pun ada lagi.
Yang lain : serious? Yang handsome tu? Ramadhan dah kahwin. Melepas kita semua.
Saya : hahaha tu la gatai lagi. Kang dah kene. Suami orang tuu. Tak baik!
Linda : ye ke? Tak caya la. Nanti nak tnye la.

Lepas meeting linda tanye kak fara and kak aisyah. Sekali mmg dah kahwin laaa. Haha. Isteri dia cantik! Putih mcm cina. Mix katanye. Untung la kahwin awal. Haha. Apa lagi linda! Turn kita bile? ;p

Baru baru ni kami buat la alaala family day kat Pantai Melawi. Seronok sangat. Buat bbq. Saya pergi dgn kereta kak atif kesayangan saya. Haha. Tengah duk gelakgelak dgn tierah kat belakang tetiba kereta brek mengejut. Badan saya merempuh kerusi driver aka kerusi kak atif la. Tgk mcm kak atif cuak je saya pun

Saya : kak atif, jgn risau. Fiera tak pape. Takpape. Takpape. ( sambil kutip kuih yang tercampak ke bawah dah)
Tierah : haa tak pape kak atif. Kuih pun tercampak elok je duk kat bawah jer. (kami gelak ramairamai)
Kak atif: kak atif mmg tak caye dgn fiera tu. Saja sedapkan hati kak atif. Dia igt kak atif tatau. tadi kak atif rasa mcm ada org hentak kerusi kak atif. Takde pape konon. (hahaha kak atif gelak)

Mau tak gelak. Elok duk depan sekali masa mulamula jalan boleh jadi last then sampai org kene tggu kat tepi. Maklumlah amatur bawah kete. Kira baiklah kak atif nak bwak. Saya? Hee heee sengih boleh la. Hendra pun gentle la skit. Ada ke tinggal kitaorang. 7 buah kereta penuh dgn makanan. Haha



Sampai pantai dah petang. Main bola kejap. Sekali tampar je dah berdarah tgn gua. Cis! Buat malu jer. Main je la. Malam tu start makan2 then main. Belum pape, saya tierah dan yana dah basah kuyup. Pejadah ntah tak menyaborrr. Haha  Macammacam, gunilah, balonlah, selipar lah, tepunglah, belon air la. Misi saya,tirah, yana, dan mustakim malam tu adalah Hendra. Bersih je dia. Kami berlima la kanakkanak riang malam tu. Sampai ke pantai kami lari malam buta tu. Penghabisanye saya kejar hendra sampai parking lot. Yang lain mengalah dah. Dendam betul aku. Pantang betul kalau ada yang bersih ni! Mustakim la kene paling teruk. Dah macam cekodok. Hendra cekatak! Lari punye pasal pi redah tali kan dah luka. Salah kan saya plak tu. Dia yang lari. Haha. Kat pejabat punya la perangai abangabang mengalahkan abang long. Bg pantai kalah dania. Haha.


tapak penginapan kami

pantai melawi



ombak rindu winkx winkx





dari kiriiiii nama! yana tierah aisyah linda kak zira kak ayu kak ina kak atif ;)

yana and kaktika main bola tampar. warming up! burnnn burnnnn
here we go! haha hentam sajalah fiera oii janji kene bola. 
 
muka kepenatan je semua. 

aisyah, kak fie, kak ila and kak ayu ;)

inilah chef kite ;) manismanis belaka


pasangan bahagia niii. jgn kacau


anak bos pun kene buat kerja jgkkk

 haaa tiga org ni mmg main tak pakai law. asal boleh je. game tak start lagi tiga org ni dah basah kuyup. geleng kepala je yg lain. haha


first game kak ila mintak main musical chair ;)

tu diaaaaaaaa. permainan bermula. saya dan tierah la bos masa ni. siaplahhhh

semua kumpul selipar then amik je mana selipar yg dapat dicapai

finally, ni lah jadinyee dorg tatau kene pkai sampai akhir permainan. haha

permainan keduaaa. tepung!!!!!!! dah mcm salji turun di malaysia

guni pun adaaaaaa. jgn mainmain. muat ke tak muat ke harus masuk!


yana sporting habis! tp kak ila la paling cuteee. haha




game kedua tiup belon thennnn
 thennnnn....


thennnn.....

 taraaaaaaaaaa

 cari jgn tak cariiiiiii.......


bersih lagi ni. suci.. jap lagi dlm debu la semuaaa


 tu diaaaaaa......


 muka kak jue tak puas hati. haha

 ingatan saya ;)

game lain saya pun joinn so, have no picture! ;)

 dah nak berpisah. so, cinta tiga segi ini harus dileraikan.

tierah : saya terpaksa pergi hendra. saya tak pilih duadua
 lalu hendra pun berkata kalau itu kemahuan awak saya alu alukan. selamat tinggal tierah.
eh japp hendra yang pergi! apa plak tierah.

 power ranger!!!!! abg bad je mandi pantai. haha






Jadi, inilah memori saya di Intan Accounting and Secretarials Services yang mmg tak dapat saya lupakan. Sempat jugaklah usikusik diorg suh kerja rajinrajin.  Peak period kan sekarang. OT semedang. Linda pun tak sabar nak keluar. Heehe. Tak dapat borak dgn linda dah. Mcmmcm petua dan jamu dia bg info. Haha ada je cerita. Asal boring je mesti “ fiera, jom kita borak nak?” padahal kalau dia tak mintak izin pun saya layan je dia borak. Hehe. Saya sayang anda semua. Terima kasih atas tunjuk ajar kalian semua. Semoga kita jumpa lagi ;)


last day ;)

Monday, February 4, 2013

Just Married


Assalamualaikum ;)

oh kerjaaaa,

dulukan telah diberitahu
jangan menganggu dihujung minggu 
kita sudah sama setuju
berjumpa hanya bila perlu

kau hanyalah kekasih separuh masa.
-.-


Fuhh sekarang masuk mode busy je semua. Sabtu kerja! Everyday balik 8.30 malam. Cehhh padahal baru berapa hari je start. Hehe. Kerja pun menimbung sekarang. Mana tak nye bank reconciliation pun tak lepas ni fiera oiii. Apa niii!!! Tiga hari kot duk mengadap. Buat malu je. Nasib la title pelajar tu boleh pujuk skit hati. Biasalah baru nak belajar kan? ;)
Okay, as you all know miggu lepas kot sepupu dua orang sepupu saya bertunang dah berkahwin. Tahniah tahniah. Pada hari khamis saya dan family bergerak ke pengkalan kubor untuk menyunting bunga ditaman indah untung si kumbang di pihak saya. Hmm yeahhh. Lama jgk dengar si ayah pihak sana memberi ucapan dan harapan. Alhamdulillah Majlis berjalan lancar. Hahhh, kami terlewat sampai. Biasalaaa. Oh ya! Makanan yang dihidangkan juga sangat lazat. Sampai saya dan makcik saya tertambah la plak kann haha. Maaflah gambar majlis pertunangan tidak boleh dipublic kan. Tunang baru kann ;)
After majlis saya dan family memulakan perjalanan ke kuala lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya pula. Kami tiba beranang pada 10 malam. Hmmm ramai dah saudara mara yang sampai. Penuh doorgift dlm rumah. Kebetulan kami sampai agak lewat, bersihkan diri terus tidur. Esok pagi bangun then sentuhsentuh hantaran sikit. Tetibanye ibu panggil.
“ along, tolong buat kapal guna sejadah ni”
Saya dahhhh.. “ tak reti la. Tak cantik acane?”
“ alaaa, biasa buat origami macammacam tu boleh. Buat je.”
Sejadah warna purple tu saya tarik. Mcm mane ni. Dah la lembik. Tebal plak tu. Hentam sajalah labuuuuu.
Bila dah siap lipat. Saya persembahkan kepada Puan Sri Ibunda. Lama jugakla. Sampai sepupusepupu lain duk kutuk apa daa buat origami pun lambat, dah musim tengkujuh ni. Sabar jelah. Mengusik tak hengat.
“ ibuu, boleh ke ni?”
“jadilah long. Jangan bagi abg epy dgn kak ayu karam je” haha ye laaa naiklahh kalau muat. Hmm kira ada jugaklah sentuhan saya kan? ;)
Saya pun naik atas untuk iron baju. Tgh iron tu dtglah si pengantin lelaki
“ ira buat apa tu?”
“siang ikanlah kot” apajadah nye tanye dah Nampak tgh pgg iron ni haaa
“amboi! Main kasar. Haha jap eyh!” saya terus iron. Tetiba ada baju putih melambailambai kat depan saya.
“baju ni kene iron tak?”
“sure laaaa. Baju pengantin kot. Agaklah kalau malas pun. Simpan malas tu dulu esok lusa. Hadoiiii.”
Dia gelakkk.
“haaa bebel eyh? Iron ni then pasang butang baju melayu ni sekali. Thnx! Bye, nak pg solat jumaat!” terus lari turun tangga.
“Hey! Hey! Orang tak reti iron baju lelaki la. Nak pasang ni acani. Jgn la macam ni” saya tgk baju tu. Cuba pegang sikit. Mak aiii lembutnye. Acane ni.. haishh ada jugak pengantin pkai baju berlubang ni!
Dengan perlahan saya cuba slow kan tahap kepanasan iron tu. Dengan perlahan juga permukaan saterika mengenai baju putih itu. Dah siap iron, butang baju melayu plak. Eeehh senang je ni.

pengantin baru ;)

 ehemmm. saya plak yang takott.

after halal terus gurau. haha.

Waktu petang majlis akad nikah dijalankan. Ermm, pihak perempuan agak lewat sampai mungkin sebab factor jarak kot. Rumah kami lagi dekat dengan masjid. Bila semua selamat sampai yeaaaaa abg epy saya seorang pengatin yang sangat bersemangat. Tok imam plak gabra. Haha Alhamdulillah dengan sekali lafaz mereka selamat disatukan. Kami pulang kerumah then pergi makanmakan rumah pengatin perempuan. Saya dan family tak ikot pun. Kami shopping ke Nilai 3. Hehe
Tepat 9.00 malam kami ke dewan PGA Betalion ni semenyih. Alaa belakang kfc and pizza hut tu. Pihak catering sedang hias dewan and kami buat sedikit rehearsal. Cantik! Pink Purple! So, nnt tak boleh pilih warna tu dah la. Sebab family penah buat.

 catering untuk majlis tu nanti. sedapppp. ;)

 ibu busy.
 teruja sikit hehe.

 pelamin simple je. cukuplah ;)

 one two three action!
dengar baikbaik

Balik tu tolong packing bunga telur. Tgh sibuksibuk tu saya sempat curicuri pg dapur. Eee pulut kuning! Pinggan ku cari. Maka tumpahlah pulut itu ke pinggan kemudian mendarat di mulutku. MUAHAHAHAHA. Tetiba!
“kak, makan ape? Nak sikit.” ehh sape budak ni?
“makan pulut semangat. Nak? Jap akak amik pinggan.” senyumm..
“takpe takpe. Akak makan.” Dia pun amik pinggan then duduk sebelah saya. ehh pandai plak budak kecik ni. Macam kenalkenal je. Haha. Anak sape ni. Sepupu aku ke? Hah, tu diaaa! Time majlis mcm ni baru nak kenal sepupu.
Esok pkul 11 pengantin make up. Dalam pkul satu majlis persandingan bermula. Majlis penuh dengan warna purple. Sayalah tukang snap gambar sana sini. Kalau takpun tukang pgg baby sbb mama mereka nak makan. Pun boleh laaaa.

 haaaa dua baby sekali pegang.

paksu layan tetamu

 aisle
 VIP
 senarai jemputan
 suasana dewan
 ibu pun nakkk. nnt kita buat 13 tingkat okayyy.

 cendol paling best. tapi saya bukan penggemar cendol pun. hehe. penah la makan bila orang tu bg dgn kuey teuw ;)

 baby again! rayyan duk baikbaik dgn auntie yeee ;)








Acara bersambung dengan tepung tawar, potong kek. Dan tidak ketinggalan sambutan hari kelahiran paksu dan maksu. Banyak betul kek. Ohya! Makanan pun sedap2!
Tetiba lagi!
“ ira, kalau nampak Afrina cakap papa panggil” abg sepupu saya mintak tolong. dgn keadaan busy mcm tu saya anggukangguk.
Eh, Afrina? Siapa Afrina? Afrin saya kenallah. Terus pg dekat ibu.
“ibu! Sapa Afrina. Abg Sling panggil”
“Afrina? Ohhh anak dia tu” ibu terus pergi. Hah! Tahu plak mana anak dia -.- saya terkaku kat situ. Abg Sling datang lagi.
“jumpa?” aku geleng. Mana nak jumpa kenal pun tak. Tapi takkan nak btau kan. Hhaha dia pusing keliling.

“haaaaa tu! Atas pentas sana! Tolong panggilkan eh.” saya pun berjalan kat rombongan kanakkanak tu. Then panggil sambil mata meliar tgk sape menyahut ;p
“Afrina! Papa panggil.” saya terus berjalan.
“kaklong! Papa kat mane?” saya pusing balik. Eh! Budak pulut rupanye. Haha
Tu laaa Majlis mcm ni barulah boleh kenalkenal sepupu yang ramairamai tu. Lebihlebih sepupu yang kecikkecik. ;)


Okaylah! Dah penat semua. Dalam pkul lima lebih saya dan keluarga pulang ke Kelantan. Esok kami semua nak bekerja dan bersekolah. Hadoiii penat sgt.

kau hanyalah kekasih separuh masa
dari ahad hingga khamis saja
jangan kau meminta lebih daripada itu


by, phyra razy


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...