Monday, June 24, 2013

25 hours!

Assalamualaikum ;)



Hye hye hye this is pantai timur. Heee. Tetiba suka plak pantai timur ni. Eh? Hahaha. Oh yaaa mesti wana dgn iza tertunggu tunggu wajah mereka muncul di blog yang hebat dan macho ini kan? Haaa ni la post nye. Nak citer ni.
Pada tanggal 28 may hari tu kami perlu menghadirkan diri di unikl untuk mengambil test. Test ape? Haaaa jeng jeng jeng. Kami telah memohon pinjaman MARA untuk study ke luar Negara. Eceh! Cakap mcm ye ye o je kan? Haha kalaulah ada rezeki. Dari ramairamai tu kami telah terpilih untuk menduduki test. Antara pelajar kolej kami yang dapat adalah Muslim, Jie, Wana, Fara, Iza, Mint cikoi. Ini student Accounting. Student agro business Syafiqa saim. Business plak Fatimah, wahidah and yang lain tatau. Student HND pun ada tapi alamakk tatau nama la. Sebab diorg seniorsenior. Oh ya.. kolej lain pun ada. Raaamaaiiiiiiii. Dalam 200 jugak la. Cucimata ouhhhhh. Segak bergaya semua. Apa tak nye kata nak formal. Haha
Ouh then pagi 27hb tu saya pun bertolak la ke kuala lumpur. Wana dari kedah. Kami jumpa di shah alam. Iza amikkk!! Sebab tumpang rumah kakak dia. Heee. Lapar sangat hari tu. Ye la. Tak makan seharian. Malam tu baru sampai. Bas mcm kurakura obes -.- sementara tunggu wana dgn iza sampai jumpa la faim dulu. Sempat la ketuk kepala dia. Hahaha. Okay, kami pergi makanmakan. Eceh, dah gaya macam wanita berkerjaya rasa. Malammalam keluar makan dengan kawankawan. Haha. Order satey tanak banyak plakkan org tuu. Memang tak habis la. Pastu balik rumah. Pastu bersihkan diri. Ehem! ;p then iron baju siapsiap sebab dah agak dah esok kelamkabut punye. Plan bangun awal pagi untuk redah jem. Kene tido awal! Kene tido awal! Alih alih lewat juga. Badan penat tapi mata takboleh lelap. Tukar tempat tido kot. Tapi bila dah lelap haih liat plak nak bgun. Jam loceng bunyi semua kebal je tanak bangun. Tapi memikirkan test yang bakal menjelma dipaksakan juga.
Kami menuju ke sana dengan kereta yang dipandu oleh kakak iza. Terimakasih kak kerana memudahkan kami heee. Jem tak pyh cakapla. Nasibla kakak iza ni tau jalan. So, takdelah sesat or u turn je. Haha ulang u turn! Adalah org tu suka main u turn ;) sampai sana cepatcepat tukar kasut. Nahhhh kasut ibu longgar la plak. Penat sumbat tisu. Jalan macam OKU wana cakap. Haha nak buat acano haa. Jalan jugaklah. Sampai sana dah ramai rupanya. Hmm segak dan bergaya. Kitaorang? Baju kurung je. Hee dengan kasut longgar! Beratur then tunggu masuk dewan. Mak aiiii agak berdebar la. Berperang tanpa senjata. Sapa suruh. Langsung tak stdy. Takde inisiatif nak cari kat internet contoh soalan -.- padanlahh

beratur untuk pengesahan pendaftaran. ada ramai jugaklah yang sangkut kat sini. berdebar oii. dah borang borang semua takde pengesahan. 

ni slip nak masuk exam. ;)






beratur jgn tak beratur

lepas beratur kene tunggu masuk dewan. betullah cakap wana. pkul 11 baru jwb exam.





Jie dgn mak dia. heee

Masa telah tiba. Kami melangkah masuk dewan. Saya duduk sebelah iza dan seorang student dari KPTM. Dia student software development. Aiyoooo acane ni? Dah bergabung semua course. Soalan apa la yang keluar ni. Iza rancak duk borak dengan jiran sebelah dia. Bila dapat soalan cuba selak. Makkk aiiii 50soalan bahasa inggeris, 50 soalan bahasa Malaysia, 1 soalan essay. Masa 1 jam? Makkgaiiiiiiii. Ini aci tak boleh toleh soalan dua kali ni. Baca terus tanda. Masa bermula! Baca doa apa yang patut. Kertas dibuka. Soalan satu. Takfaham. Skip! Soalan dua. Skip. Soalan tiga skip. Ehh apa semua skip ni. Soalan 4. Okay dah! Cukup skip. Hentam plak. Fuhhhhhh susah gak lah. IQ test! BM punya banyak pasal personality. English mak aiiiii. At last yang skip semua hentam. Tak baca soalan dah terus jawab. Sebab nampak pattern banyak C. haha. Soalan essay plak tinggal tak sampai 5minit rasanya. Dah keluar ayat zaman tadika dah masa tu. Simple dimple English aku bagi. Tawakal je laa. Iza kat sebelah dah tiupkan kata semangat. FIERA, YOU CAN DO IT! Bila dia nampak aku memang tak cukup masa dah masa tu. Haha
orang sebelah pun leh gelak tengok aku gelabah bold borang omr tu tanpa baca soalan. Haha. Lepas exam dia tanye. Tak sempat eh? Aku angguk. Tawakal je la. Dia pun tak sempat rupanya walaupun dia dah hafal jawapan essay tu. Dia cari kat internet. Cehhhh asal la aku tak jumpa kau sebelum aku datang sini lagi! Haihhhh. dah la. Kemudian test pun bersurai. Kami keluar dewan dengan perasan redha. Keputusan test tu kami boleh check kat emel je. JANGAN CALLL! Kate mereka. Haha. Okay okay okay. Tak call dah.
Keluar tu amik gambar sana sini then kakak iza bawak pegi makan. Hee sedap sedap. Tapi kakak iza belanja. Maluuuuu haha.

we did it!!!!
acah acah student uniKL laa. ngeee
ouh! ini ntah laaa. tatau nak cakap
weeeeeee ! dari kiri! iza-jie-wana-muslim-mint. tukang capture the only F to the I to the E R A


 Balik tu rehat kejap sebab pening sangat. Duduk dalam kenderaan dekat dua hari. Mau tak pening. Lepas ni nak teman iza gi buat KWSP dia pastu ada mcm2 kene settle lagi. Tak pyh citer la buat pening kepala je. Hee.
Nak balik tu singgah manatah nak cari simply siti untuk ibu then makan sebab malam tu nak balik dah. Kang lapar lagi. Pokaipokai. Haha. 




Nak pergi dekat bus station sesat plak. Pusing banyak kali jugaklah. Hahaha. Okay okay relax iza relax. Pandu dengan selamat. Kita ada masa lagi. Haha sampai je bas dah ada kat sane. Jumpa faim pun kejap je. Terpaksalah tinggal wana sensorang. Saya memang dah mabuk tahap kelapan dah. Naik bas fikir nak tido nak tido naktido. Buka mata je mesti nak MUNNNNNNNN. Haihh. Memang aci pejam mata sampai pantai timur la. Nasib tersedar nak call abah kat KK. Abah pun tak tido sebab naik je bas saya off fon sbb battery low. Call memang tak dapat la. Heee. Sampai pagi tu tetiba rasanya nikmatnye katil sendiri. Hee


Tu la citer dia. Serious badan rasa penat sangat. Hari tu memang relax habis bila balik. Ouh ya doakanlah kami lulus untuk ujian ni ye. Kalau ada rezeki dapat la study Negara orang. Kalau tak dapat pun tak pe. Berbangga dengan Negara sendiri. Rezeki kat sini la kot. Bersyukurlah ;)

Wednesday, June 12, 2013

GIGAGIRL

Assalamualaikum ;)

Khusyuk tengok figura berkain biru berbaju putih pulang dari sekolah. Saya pernah ada dalam pakaian itu. Dgn bukubuku penuh di dalam beg tak cukup dgn itu tangan pun penat menggendong ilmu. Eceh! Beg pun sebesar beg tangan ibu je. Mane nak muat. Tu tak kira lagi curi balik asrama letak buku. Dan saya memang seorang bukan penjenayah yang baik bila jenayah itu berkaitan dengan org yang mempunyai mandat besar dlm diri ini. Iaitu guru. Semua nak kantoi! Fly pegi beli snowberry kat kedai belakang asrama pun kantoi. Padahal beriburibu org buat lek je. Ini balik hostel waktu rehat sbb nak iron baju yang dah komot sbb tertidur dalam kelas. Uihh masa skolah dulu sanggup ouh. Baju komot sanggup langgar peraturan. Kebetulan nazir datang untuk pemarkahan sekolah kluster kecemerlangan. Dengan slumber iron baju. Then balik sekolah balik. Baru nak langkah masuk pagar sekolah nahhhh pengetua, exco, warden dan nazir di pagar asrama putera. Pengetua menjerit. Headgirl tu kawan saya. Berlari mendapatkan saya. Bukak langkah seribu la. Gyler ape. Nak kene kelar leher la kalau tggu situ. Nasib la waktu tu badan boleh nak ajak berlari lagi. Maka terselamat lah si ketua aspuri dari istananya sendiri. ;)





Kalau nak diceritakan mmg panjang. Lima tahun kat sana. Beribu kenangan. Berjuta ingatan. Pahit manis kelat masin sampai semua jadi perfect sekarang. Uniform tu adalah lambang kekuatan. Membentuk diri tanpa pengaruh yang lain. Cuba yakinkan diri dari seorang anak perempuan yang manja, pantang diusik, hidup dalam dunia sendiri menjadi seorang anak remaja yang hidup bermasyarakat la kiranya. Uniform tu lah sebenarnye pengaruh. Disiplin! Berdikari! Berusaha! SMKDU. ASDUTA. Tipulah kalau sape ckp lepas jejak keluar dari sini pandang pun tak hingin dah. Jauh disudut hati bersyukur sbb penah ada situ. Jadi Sebahagian daripada warga mereka. Lebih dramatic lagi bila kita sentiasa diingat.
Terharu. Sungguh! Bila cikgucikgu masih ingat wajah ini.

 

“Ini phyra razy kan?” ini dari pengetua yang saya cabut lari td she’s recognize my nickname.

Seronok dengar tu! Selamanya mereka tetap guru! Inilah hasilnya. Tak sehebat mane tapi masih lulus untuk menjadi seorang manusia.

ini real punya tau. ;)



7 Julai 2013. Mereka semua disana. Dan saya juga dijemput untuk kesana. Ohmaigadddd. Sungguh tak dapat nak bayangkan sapa yang akan ada kat sana. Teori si faim lagi menakutkan bila dia kata tu musim cuti sem kemungkinan semua kawan lama akan datang. Dan bila jawapan tengoklah mcm mane nnt diberi. Dia buat gaya merajuk luar kefahaman. Aku ni dah gaya nak pujuk gf dah. Haha semua babe. Semua tahu? Ohh taknaklah. Semua yang indah tetiba jadi seram. Apa yang ditakutkan pun tatau. Adakah dorang semua masih mereka yang sama? Boleh ke kita berborak mcm kita  remaja duludulu? Cakap mcm lah dah tua. Boleh ke kita spend time and buat benda yang kita sama suka mcm dulu? Manusia akan berubah. Betul! Atau aku yang berubah? Rasa takot bila nak berhadapan dengan semua dalam satu masa.




 Dah la gemuk ni. Okay, itu cliché! Iwan, kau diam. Aku tau kau gelak! Hari hari duk fikir siapa yang pegi? Siapa yang pergi? Siapa yang pergi? Nak tanye karang obvious plak. Terfikir jgk. Cik fiera, is there someone yang cik tak mahu jumpa?
A’ah kan? Ada ke? Tapi siapa? Apa punya gred perasaan la ni. Cuak tak kene tempat. Faim plak ugut tak hengat alam betul. Ada ke patot. Dah la keje ni. Nak mintak kebenaran kat ibu abah lagi.



So berbalik pada hal tadi untuk 7 julai ini silalah bagi nama siapa yang akan menyertai nya. I’ll try my best to be there. Bukan taknak. Nakkkkkk sangat jumpa semua. Hope semua berjalan dengan lancar dan kita masih orang yang sama. Satu request! JOM JADI KANAKKANAK ON THAT DAY! Dulu kita PRO untuk ini! ;)


ini dari kami. dari dulu sampai sekarang ;)

UNSOUND. UNHEARD. UNKNOWN.

Assalamualaikum.

Cerita kedai kopi. Hidup dan hanya mati disitu. Isi, hujah takperlukan  fakta atau bukti. Tiada pembaharuan yang dapat dikecapi malah pemulihan secebis pun. Hanya untuk memuaskan hati sendiri bila yang mendengar terus percaya tanpa menyoal kesahihan. Berseronoklah wahai mentality kelas ketiga.



Dalam sibuk mengusik ketenangan orang cuba menilai kain sendiri. Itu sebab saya tidak pernah menghulur salam, bertukar nama dan menampal janji bila disini. Pada sesiapa pun. Saya dan keluarga besar saya sahaja. Bukan sebab sombong atau meninggi diri. Bila diri mula dikenali inilah jadinya. Berlumbalumba bertukar cerita. Entah dari mana asalnya sampai kisah tak jumpa penamat. Manusia mana yang tak buat salah. Tugas yang tua bantu untuk perbetulkan. Bukan caci ditengah ramai tuan diri langsung tak tahu. Mana tak sakit berita sampai dari mulut yang lain. Busuknye tak menahan.
Jangan ditanya kenapa mahu sendiri. Bila kaki melangkah ke kelompok ini lah jadinya. Baru selangkah sudah dihidu busuknya. Lebih rela bau badan sendiri. Biarlah tak tahu apaapa.  Daripada tahu pada perkara takperlu. Mereka terlalu lapang masanya. Sampai sibuk pada hal yang lain. Aku tak biasa. Aku tak suka. Aku tak peduli. Dan aku tak berminat untuk tahu tentang mereka melainkan ada yang memerlukan aku membantu. Untuk menyelak sendiri langsir rumah mereka itu sungguh bukan aku. Dan cubalah untuk tidak mengambil tahu tentang hidup aku kalau hanya sibuk dengan kekhilafan aku. Kalau dulu takde pun mcm ni.

Bukan niat untuk memandang rendah tapi berfikirlah secara lebih terbuka. Kesilapan itu boleh diperbaiki. Jangan hilangkan kepercayaan saya. Dan jangan biarkan saya percaya apa yang ada ditelevisyen itu. Hiduplah dengan mentality kelas pertama. Biar miskin harta jangan cetek pemikiran tentang hidup.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...