Assalamualaikum.
Cerita kedai kopi. Hidup dan hanya mati disitu. Isi, hujah
takperlukan fakta atau bukti. Tiada
pembaharuan yang dapat dikecapi malah pemulihan secebis pun. Hanya untuk
memuaskan hati sendiri bila yang mendengar terus percaya tanpa menyoal
kesahihan. Berseronoklah wahai mentality kelas ketiga.
Dalam sibuk mengusik ketenangan orang cuba menilai kain
sendiri. Itu sebab saya tidak pernah menghulur salam, bertukar nama dan
menampal janji bila disini. Pada sesiapa pun. Saya dan keluarga besar saya
sahaja. Bukan sebab sombong atau meninggi diri. Bila diri mula dikenali inilah
jadinya. Berlumbalumba bertukar cerita. Entah dari mana asalnya sampai kisah
tak jumpa penamat. Manusia mana yang tak buat salah. Tugas yang tua bantu untuk
perbetulkan. Bukan caci ditengah ramai tuan diri langsung tak tahu. Mana tak
sakit berita sampai dari mulut yang lain. Busuknye tak menahan.
Jangan ditanya kenapa mahu sendiri. Bila kaki melangkah ke
kelompok ini lah jadinya. Baru selangkah sudah dihidu busuknya. Lebih rela bau
badan sendiri. Biarlah tak tahu apaapa.
Daripada tahu pada perkara takperlu. Mereka terlalu lapang masanya.
Sampai sibuk pada hal yang lain. Aku tak biasa. Aku tak suka. Aku tak peduli.
Dan aku tak berminat untuk tahu tentang mereka melainkan ada yang memerlukan
aku membantu. Untuk menyelak sendiri langsir rumah mereka itu sungguh bukan
aku. Dan cubalah untuk tidak mengambil tahu tentang hidup aku kalau hanya sibuk
dengan kekhilafan aku. Kalau dulu takde pun mcm ni.
Bukan niat untuk memandang rendah tapi berfikirlah secara
lebih terbuka. Kesilapan itu boleh diperbaiki. Jangan hilangkan kepercayaan
saya. Dan jangan biarkan saya percaya apa yang ada ditelevisyen itu. Hiduplah
dengan mentality kelas pertama. Biar miskin harta jangan cetek pemikiran
tentang hidup.


No comments:
Post a Comment