Wednesday, June 12, 2013

GIGAGIRL

Assalamualaikum ;)

Khusyuk tengok figura berkain biru berbaju putih pulang dari sekolah. Saya pernah ada dalam pakaian itu. Dgn bukubuku penuh di dalam beg tak cukup dgn itu tangan pun penat menggendong ilmu. Eceh! Beg pun sebesar beg tangan ibu je. Mane nak muat. Tu tak kira lagi curi balik asrama letak buku. Dan saya memang seorang bukan penjenayah yang baik bila jenayah itu berkaitan dengan org yang mempunyai mandat besar dlm diri ini. Iaitu guru. Semua nak kantoi! Fly pegi beli snowberry kat kedai belakang asrama pun kantoi. Padahal beriburibu org buat lek je. Ini balik hostel waktu rehat sbb nak iron baju yang dah komot sbb tertidur dalam kelas. Uihh masa skolah dulu sanggup ouh. Baju komot sanggup langgar peraturan. Kebetulan nazir datang untuk pemarkahan sekolah kluster kecemerlangan. Dengan slumber iron baju. Then balik sekolah balik. Baru nak langkah masuk pagar sekolah nahhhh pengetua, exco, warden dan nazir di pagar asrama putera. Pengetua menjerit. Headgirl tu kawan saya. Berlari mendapatkan saya. Bukak langkah seribu la. Gyler ape. Nak kene kelar leher la kalau tggu situ. Nasib la waktu tu badan boleh nak ajak berlari lagi. Maka terselamat lah si ketua aspuri dari istananya sendiri. ;)





Kalau nak diceritakan mmg panjang. Lima tahun kat sana. Beribu kenangan. Berjuta ingatan. Pahit manis kelat masin sampai semua jadi perfect sekarang. Uniform tu adalah lambang kekuatan. Membentuk diri tanpa pengaruh yang lain. Cuba yakinkan diri dari seorang anak perempuan yang manja, pantang diusik, hidup dalam dunia sendiri menjadi seorang anak remaja yang hidup bermasyarakat la kiranya. Uniform tu lah sebenarnye pengaruh. Disiplin! Berdikari! Berusaha! SMKDU. ASDUTA. Tipulah kalau sape ckp lepas jejak keluar dari sini pandang pun tak hingin dah. Jauh disudut hati bersyukur sbb penah ada situ. Jadi Sebahagian daripada warga mereka. Lebih dramatic lagi bila kita sentiasa diingat.
Terharu. Sungguh! Bila cikgucikgu masih ingat wajah ini.

 

“Ini phyra razy kan?” ini dari pengetua yang saya cabut lari td she’s recognize my nickname.

Seronok dengar tu! Selamanya mereka tetap guru! Inilah hasilnya. Tak sehebat mane tapi masih lulus untuk menjadi seorang manusia.

ini real punya tau. ;)



7 Julai 2013. Mereka semua disana. Dan saya juga dijemput untuk kesana. Ohmaigadddd. Sungguh tak dapat nak bayangkan sapa yang akan ada kat sana. Teori si faim lagi menakutkan bila dia kata tu musim cuti sem kemungkinan semua kawan lama akan datang. Dan bila jawapan tengoklah mcm mane nnt diberi. Dia buat gaya merajuk luar kefahaman. Aku ni dah gaya nak pujuk gf dah. Haha semua babe. Semua tahu? Ohh taknaklah. Semua yang indah tetiba jadi seram. Apa yang ditakutkan pun tatau. Adakah dorang semua masih mereka yang sama? Boleh ke kita berborak mcm kita  remaja duludulu? Cakap mcm lah dah tua. Boleh ke kita spend time and buat benda yang kita sama suka mcm dulu? Manusia akan berubah. Betul! Atau aku yang berubah? Rasa takot bila nak berhadapan dengan semua dalam satu masa.




 Dah la gemuk ni. Okay, itu cliché! Iwan, kau diam. Aku tau kau gelak! Hari hari duk fikir siapa yang pegi? Siapa yang pergi? Siapa yang pergi? Nak tanye karang obvious plak. Terfikir jgk. Cik fiera, is there someone yang cik tak mahu jumpa?
A’ah kan? Ada ke? Tapi siapa? Apa punya gred perasaan la ni. Cuak tak kene tempat. Faim plak ugut tak hengat alam betul. Ada ke patot. Dah la keje ni. Nak mintak kebenaran kat ibu abah lagi.



So berbalik pada hal tadi untuk 7 julai ini silalah bagi nama siapa yang akan menyertai nya. I’ll try my best to be there. Bukan taknak. Nakkkkkk sangat jumpa semua. Hope semua berjalan dengan lancar dan kita masih orang yang sama. Satu request! JOM JADI KANAKKANAK ON THAT DAY! Dulu kita PRO untuk ini! ;)


ini dari kami. dari dulu sampai sekarang ;)

2 comments:

deqnamalu said...

ape nie asal aku tak tau ape2 pun?

tintastrawberry said...

tengok dekat FB SMK Damansara Utama. ada kat sane ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...