Wednesday, June 27, 2012

Aku Terima

Assalamualaikum ;)

 BANGGGGGGGGGGGGGGGGG !!!!!!
 (wake up call )

tarik nafas... fuhhh! okay. chill fiera chill. Mak oiiiiii! Rasa ape ntah ni. pahit masam kelat and segala rasa tak sedap semua bercampur! sebenarnya banyak benda nak tulis. sampai tatau nak susun ayat mcm mana. come on fiera!

first of all nak mintak maaf sebab post kali ini saya menggunakan kata ganti nama diri pertama iaitu 'aku'. this post pun sebenarnya untuk diri sendiri yang dah keluar dari landasan. Selain itu post ini juga untuk kawan2 yang senasib. haih laa macam serious la plak! MEMANG SERIOUS PUN!!!!!!!! ;)

here we go! Pernah tak rasa sedih? mai nak habak sedih tu macam mana. pejamkan mata awak. shhhhh.... sekarang cuba bayang kan anda memegang sebuah hati. Jap! betul ke sebuah? tapi lagu tu nyanyi sekeping hati dibawa berlari. okay lantaklah! then cuba rasa hati tu. lembut kan? sekarang cuba genggam tangan awak. genggam sekuat hati. cuba awak bayangkan keadaan hati tu? sedih bagi saya terbahagi kepada 3 bahagian. ewahhh aku dah mula dengan teori baru! 3 bahagian tersebut adalah sedihmengada, sedihredha, dan sedihkecewa. meh nak terang satusatu bagi faham. teori ini telah diuji secara praktikal ke atas diri saya sendiri. ehem!

untuk bahagian pertama, sedimengada. alah! tak bnyak nak cakap sedih mengada ni. sedih mengada ni lebih kepada nakkan perhatian. perkara yang timbul tak sebesar mana pun. so, kepada sesiapa yang menjadi punca masalah ini tak perlu risau kerana paling lama pun virus ni akan menginap dihati cuma sehari. tambahan pula, ia tidak akan mengakibatkan pengeluaran air mata. tapi kan, kalau ada usaha atau ada masa nak pujuk mungkin dapat markah bonus kot! mesti nak kannnn??? so, pujuklah!  ;)

untuk bahagian kedua, sedih redha. okay! rasa macam ini berlaku apabila sesuatu yang buruk terjadi disebabkan kesilapan atau kedegilan kita sendiri. kita tahu akibat melakukan perbuatan itu tapi sebab kepala kita yang macam batu abah buat rumah tu buat jgk perangai takbetul tu! kan dah jadi tak betul semuanya. tapi kebiasaanya kesilapan itu masih sempat untuk kita betulkan. so, jangan berputus asa ye! ohya! sedih redha akan buat kita mengeluarkan air mata. kalau sedih risau ini melibatkan orang kedua iatu seseorang yang menjadi punca kita rasa situasi ini that person hmmm kene ada rasa risau dan usaha lebih sikit untuk memujuk. serious! kami sedikit terluka.

untuk bahagian yang paling menakutkan apabila kita rasa sedih dan kecewa! rasa ini datang apabila kita sedar kesilapan bukan dipihak kita tapi membuat kita merana seumur hidup. kesilapan yang tak mampu kita ubah tetapi ia terjadi bukan atas kesilapan atau kerelaan kita. kepada pihak yang bertanggungjawab, you should beware. anda patot bersyukur jika anda telah dimaafkan tetapi jangan ingat segala yang anda buat telah dilupakan. anda patot bertambah bersyukur jika kami tidak berdendam dengan anda cuma jangan muncul di hadapan kami. anda lagilagi patot bersyukur jika anda boleh muncul dihadapan kami tapi ini yang paling penting JANGAN UNGKIT APA APA tentang anda dan kami. segala manis pahit biar berlalu. jgn cubacuba sebut atau nak merungkai kenagan indah la konon! PIGIDAHHHH!! kami dah cukup COOL untuk pandang muka awak! serious cakap, dalam hidup kita mesti ada kalau tak ramai pun sorang lah yang kita rasa TAK RELA untuk dia pandang wajah kita. sorry!

hmmm, berbalik pada cerita aku. sekarang aku berada ditahap sedih yang kedua. mmg silap aku. dua perkara yang buat aku tersentak sikit. first! biasalah kan. Result! Mak oiiiiii sukanye kau jatuh tergolek merundum macam tu. ini bukan setakat beruk je terkejut orang utan pun boleh kene heart attack. bila dapat tahu tu. Ya Allah.. rasa macam nak buat aksi Buffon bila dapat selamatkan goal dia. tapi itu dia express rasa puas hati. tapi aku buat untuk lepaskan hati. btw, ya England! Gerrard, aku dapat rasa apa yang kau rasa. we're in the same boat tapi lainlain cabin! pasal result tu mmg salah aku pun. orang lain usaha lebih dapat lebih. sendiri tahu kan sebab apa benda ni jadi? dah tahu diri tu tak boleh nak gandingkan pelajaran dan masalah lagi satu tapi DEGIL! Haaaa ni mmg masalah aku yang aku tak reti nak campak mana dah! DEGIL TAK KENE TEMPAT. nak kata penyakit keturunan tang mana plak? disebabkan kedegilan tu aku ada rasa sedih untuk seperkara yang buat result aku jatuh. CANTIK OUH! tepat pada masa kau buat aku berasap. tapi tak pe. AKU TERIMA. ;)


ohya! itu tulisan bila kita tak fikir kenapa benda tu terjadi pada kita. Okay, ini plak the other side of me. yang buat saya sedar dan balik pada landasan untuk jumpa stesen balik. dan ini bukan hanya untuk membakar balik semangat saya sorang tapi untuk kawan2 yang rasa down jugak.

first, tuhan takkan uji kita lebih dari kemampuan kita. second, tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. third, setiap manusia ada pintu rezeki sendiri bila kita dah usaha tak semestinya esok terus dapat hasil. jom cerita! kita patut rasa bangga sebab tuhan uji kita sebab tuhan sayangkan kita. tuhan still nampak kita. setiap ujian tu ada hikmahnye yang amat manis. lagi pahit ujian itu lagi manis hikmahnya. kita sebagai hamba yang taat perlu bersabar ;) lagi satu! orang yang dapat 4flat tu mesti tak sekuat kita untuk hadapi result mcm kita ni. mungkin mereka boleh bunuh diri. Eceh! jauh kau imagine fiera! hehe. lagi satu! kita tak tahu apa yang kita suka itu baik untuk kita atau tidak. tapi tuhan tahu. mungkin apa yang kita usaha ni kita dapat hasil masa degree atau senang untuk diterima kerja nnt. siapa tahu? tuhan itu maha kaya. DIA yang bg rezeki DIA jgk yang tarik rezeki. mintalah pada DIA. jangan persoalkan kenapa kita yang dipilih untuk ujian ini kerana jawapan tetap sama kerana HANYA KITA YANG LAYAK. tugas kita perlu cari penyelesaiannya. Stiap masalah mustahil tiada penyelesaiannya. kita yang kene berusaha. jika kita punya peluang untuk betulkan keadaan jangan putus asa. mcm result ni. kita ada peluang untuk buat yang terbaik sem akan datang ni. work for it. tolak tepi mana yang tak patot. jadikan ini sebagai wake up call. lalai dalam menjalankan tanggungjawab. Focus. ohya! nak credit dekat someone yang telah memudahkan jalan saya. tadi ternampak sesuatu yang pada mulanya rasa sakithati tapi bila fikir balik Tuhan permudahkan jalan untuk saya. cuba positif kan minda kita. akhir kata saya ingin say sorry sbb mungkin selepas ini saya akan jadi fiera yang baru. fiera yang sedar tanggungjawab sebagai pelajar dan tahu apa yang dia tak patut buat. saya taknak terus lalai dan terlalu manjakan hati seperti dulu. InsyaAllah.






p/s  saya patut bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang baik.

wassalam


Who I Miss the Most



Assalamualaikum ;)
Fuhhh teruk kene belasah ni. Habis lebam hati ni. Dah la satu ni je ade. Baru lepas renovate plak tu.  Ini semua penyakit rindu punya pasal la ni. Dibelasah Rindu ;) tau tak rindu itu ape? Mengikut pemahaman Dr. Fiera rindu itu bila organ dibahagian kiri dada yang berbentuk LoveLove  rasa senak, otak pula semakin mengecil, kepala akan mendongak, mata pula akan terpejam, mulut dah tak jumpa perkataan, telinga dengar pada sesuatu yang tak wujud. Kalau ada symptom2 ni tolong lekas berjumpa dengan yang lebih pakar ye kerana kalau dibiarkan ia akan menjadi lebih parah menyebabkan mata dan hidung anda akan berair. Kepala akan menunduk dan bersatu dengan lutut. Hati mula terasa macam nak meletop. Otak dah lupa landasan untuk  ke stesen rasional. Tangan akan buat kerja overtime jadi wiper pada pipi mulus itu. Kalau nak jumpa doctor pun biarlah doctor yang sudi ye. :’)
Okay! Habis dah merepek Part 1. Ni nak cerita sebenarnye.
Yeahh. I MISS YOU. You you you and only you! Tapi MMG TAK LA NAK BGTAU KANNNNNNNN!!! Sedap je kene perli nnt. Daripada malu kene perli baik duk diam sini. Biarlah kene penyakit seperti yang tertera di kaca laptop anda itu. Sebab? Dia tak kesah pun kannn. Haha
Logic la rindu orang jauh. So, tak payah cerita pasal rindu org jauh. Kita cerita rindu pada orang yang dekat k. First nak say sorry maybe post kali ni ayat agak ntah hapahapa and agak emosional sbb mmg rasa  ‘sakit’ sangat cehhhhh ;)
Dulu, beliau sangat menyayangi saya. Dalam apa jua saya sentiasa yang pertama. Terima saya apa adanya. Saat orang lain cakap 'tidak' hanya dia yang akan jawab  'ya sayang'. Bila dia dengar sesuatu yang tak baik tentang diri ini dia tak pernah lupa untuk bertanya. Saat itu berbuih la nasihat keluar. Nasihat yang nyaman je melalui telinga masuk ke otak diserap kehati. Saya sayangkan dia. Sumpah sayang. Tapi malu sangat nak cakap. Hmm nak tengok wajah beliau?  Kejap yee..

Ini nenek saya. Saya sangat rindukan suara beliau, mata yang penuh kasih sayang, tangan yang tak pernah jemu membelai dan give some warm, telinga yang mendengar celoteh and segala tuk nenek merepek saya, dan yang paling saya rindu senyuman dan gelak tawa beliau bila cucunye yang tak makan saman ni mengusik. Beliau ada je depan mata. Tapi… beliau LANGSUNG TAK KENAL SAYA. TAK KENAL SAYA. Ulang lagi. TAK KENAL. Beliau tak tahu siapa saya. Semua orang beliau tak kenal. Beliau sakit tetiba je.
Sekarang, berpura-pura kenal saya.Itupun sebab selalu datang dengan ibu. entah nama sapesape dia pggl saya. adik lagi best! nenek pggl dia Ramasamy. HAHAHAHA. Beliau lupa saya yang beliau jaga semasa kecil dulu. Lupa saya budak yang menangis2 mintak erkkk (malu nak cakap kat sini. Teruk jgk aku kecik dulu ) beliau lupa saat saya dikejar dengan batang kayu oleh ibu, dia yang menangis dulu. Saya lek je capai basikal LARiiiiiiiii!!!! Beliau juga lupa pada budak kecik yang sentiasa dikendong kemana saja dulu. Dengan bangga beliau usung  ke utaraselatantimurbarat budak comot ini. Waktu usia saya 8tahun pun masih berada didalam kendongannya. Sekarang, Suara nenek kasar sangat. Maybe ssh nak keluarkan suara. Langkah nenek saangaatt perlahan. Mata nenek sebelah je bercahaya. Nenek!!!!! Pulih laaaaaaaaaaaa orang rindu nenek.



ibu and nenek.


okay, yaa mmg tak reti nak bgtau sayang. even dgn parents pun. bila ibu tanye sapa sayang ibu? adik2 akan mula mengiau manja saya! saya! tapi saya? ibu pun pelik bagi stock soalan untuk student ibu untuk anak yang dah 20 tahun. hikhik. bukan ape, ;agi bagus meluahkan rasa sayang tu dengan perbuatan. words can lie. but your action is your willing. saya peduli pada org yang saya sayang. please feel special ye! ;)

Jom nenek naik motor ;)
kalau kene marah dgn ibu baik sembunyi belakang nenek cmfirm ibu diam ;)

Ermm.. dah la ye. Harap2 ibu and cousins tak baca post ni. Maluuu hikhik.

Get well soon ya! ;)

Friday, June 15, 2012

Platonic

Assalamualaikum ;)







Mak oiiii... panasnye hari ni. ehem, sebenarnye nak cakap yang saya dah pandai buat ice blended yang paling lazat di alaf ini. batukbatuk. metafora je lebih! tadi kan tgh usha channel tv kat rumah. tetiba tertengok TMO Hanya Aku Cinta Kau Seorang. nampak macam menarik. jom intai sinopsis sikit ;)

Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut.
Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual.
Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.


ni trailer plak. ;)



Ishhhhhh wabak panas ini telah memberikan kesan kepada aku seorang yang penganggur jadi promoter untuk cerita ini. Haha. sebenarnye memang tertarik dengan cerita ini. about Platonik! tau tak platonik itu ape? okay, here we go! memperkenalkan Dr. Fiera bersama teorinye dalam program EPISODE PHYRA. setiap persoalan akan dikupas mengikut pemahamannye sendiri. ngehngehngeh

kita mulakan dengan fakta ye. Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud. Mengikut kata hati dan jantung Dr.Fiera yang sasterawan ini cinta platonik bermula daripada persahabatan diantara dua orang yang berlainan jantina. bila bersahabat timbul pula kebaikan yang menjadi kebajikan sebagai seorang sahabat. kebaikan yang ditunjukkan inilah akan memcampakkan bunga dalam satu tempat yang bernama hati. chewah! Percaya lah cakap platonik ni lagi sakit dari cinta biasa tu. malu la nak ckap dekat org yang kita dah share separuh dari kisah hidup kita then tetiba nak cakap kat dia " woi, aku suka kau" comfirm dia buat muka mcm mintak pnyepak. tak pun guling dari tangga depan khadijah sampai cafe. -.- tapi biasanye kita takkan sedar yang kita terjebak dalam masalah yang telah berleluasa ini. apa kejadah nye! kita akan sedar bila the other side dah jumpa someone yang buat dia happy lebih dari kite. tapi lagi sekali kene percaya SEBENARNYE KITA DAH MISUNDERSTANDING kat situ. sebab itu COMMUNICATION itu penting! ape dah masuk tone pakar motivasi dah aku ni -.-

platonik buat kita rasa happy bila tgk partner happy. even terpaksa sedih sorang2. just imagine sebelum ni kite share everything dgn dia then bila kita rasa something towards him and that feeling gonna makes him rasa serba salah takkan kita nak share dengan dia lagi kan? so, ramai orang akan memilih untuk menyokong apa sahaja yang dia fikir boleh buat partner dia happy. at the same time dia tak tahu apa  yang partner rasa. apa dalam hati partner sebenarnye adalah. " tolonglah jealous" "tolonglah confess something yang boleh buat kita sama2 melayang" " tolonglah bawa aku jauhjauh because i dont have enough time to stay here just be ur friends" or something like " aku syok sendiri je selama ni. so, better go. i just count to three baik kau jerit paanggil aku balik " tapi biasanye " aku rela kira sampai beribu berjuta pun asalkan sampai kau panggil aku balik " ;) helemakkkkkk....


hehe. nak gelak pun ada. sebenarnye saya takde pengalaman pun bercinta dengan kawan rapat. If saya dah rapat dengan seseorang and I had share half of my storymory then si dia akan mendpat warning awal " weyh, kau tau kan aku takkan jadi lebih dari Bestfriend yang paling cool untuk kau kan?" the other side akan jawab " kenapa plak?" hooohoh. budak ni tatau malu ke? " cehhh, malu aku nak bercinta dengan kawan. mau kau ungkit benda yang memalukan yang penah aku buat tak ke haru. lain kali nak try cakap awal2. sekarang tarak chance!" hahaha serious lah! dengan kawan kita akan buat apa sahaja yang kita suka. walaupun benda tu memalukan. sebab kita tahu kawan takkan tinggalkan kita ;)



hampeh!! sebenarnye merepek panjang2 ni nak ajak pi tgk citer ni je. suka! touched you know! anyone can bring me there?????? takpelah. NAHHHHHH amik lagu ni. buat lullaby tau tau tau!




ps : orang selalu mintak untuk putarkan balik masa. tapi saya mintak untuk cepatkan masa ;)


Trying hard for the best story


Sunday, June 10, 2012

FieraLess

Assalamualaikum ;)




Apa diatas? sekarang 1.37 pagi. mata masih melakukan overtime. kenapa ye? heyyyy, come on.... EURO 2012 kotttt! malam ni atau sepatutnye dipanggil pagi ni Ireland vs Croatia di Municipal stadium, Poznan. Info ni ihsan dari astro ye. kalau bercakap pasal bola ni bukan nye saya tau sangat. setakat tengok je la. SUKA TENGOK. pasukan favo? erkk yang menang tu la saya suka. biasa la, sape nak jadi loser kan? semalam tgk jugak. kesian belanda banyak kali dapat peluang tapi apakan daya.



Okay, memperkenalkan IBRAHIM AFELLAY.  salah seorang pemain Belanda yang saya suka! tgk la jersey dia. My lucky number tuuuu. walaupun pun tak dapat goal semalam. tapi arsenal la plak -.- ehhh jap ! tgk sekali muka macam pnh jumpe! booooooo

tapiiiii, post ni bukan nak cerita pasal bola. nak cakap pasal ------>

 


HOLIDAYYYYYYYYYYY!!!!!!

hmm, serious tak de buat ape pun masa holiday. semua benda yang sama je harihari sebab tu tajuk post ni fieraless. mmg rehat habisla. tapi adalah seorang mahkluk Allah ni suka text pasal result then bila dah buat jantung orang tak nampak landasan dia akan stop text. cheettttt. esok buat lagi. -.- Izza!!!! jgn duk sengih sangat! hangpa la tu. and you sofia! same je. tanak dengarrrrrrr. tapi saya terbaca okay sbb mereka mengguna sistem pesanan ringkas bukan panggilan suara.

kita mula dengan awal cuti. okay, yang ni betul2 holiday. seronok! ehhh sangat seronok! ermm sebenarnye sangatsangat seronok! jangan tanya kenapa sebab sampai sekarang saya tatau kenapa. dan saya serahkan pada takdir. move fiera moveeeeee. tapikan ngeri jgk tau percutian ni.  ;)

balik holiday jaga nenek tersayang and ouhhhh lupa! saya ada baby untuk dijaga! Damia Syarmila. disamping menjaga nenek saya suka culik budak kecik tu dari mum dia. si ketot yang bijak. mulut kecik asyik cocetcocet. Kalau tido dengan dia, dia akan kejut saya pada pukul 12malam, 3 pagi, 6pagi. mulut nye muncung sambil berkata " alowww (along), nak cucu! " ;)



Malam2 saya akan diganggu oleh dua orang budak butuk ( butuk itu bahasa manja kami sepupu sepapat yang bermaksud comel hahahaha lebih baik jgn percaya ) dialog sama je setiap malam.

Ziera : along, nak tido sini.
Fiera : hmmm.. ( boleh ke cakap tak ) gulingguling
Ziera : alah, bukan selalu. nnt kahwin tak boleh dah tido dengan along.
Fiera : sape kawin?
Ziera : abang long.
Fiera : sejak bila awak ada abang?
Ziera : hehehe. Tunggu along kahwin adalah. eee tak sabarnye. nnt nak main dengan anak along. nak...
Fiera : hey hey dah! merepek. tak baik curi bakal abang ipar orang. curi tu dosa.
Ziera : bila plak curi?
Fiera : tuuuu.. duk berangan panggil abang long. Curi la tu.
Ziera : along tak boleh tido ye ?
Fiera : sebab along ada bau budak busuk laa.
Ziera : along ni.. selalu mcm tu. jom kakak cerita.
( dah tau dah cerita apeee )
episode pertama. ada seorang perempuan ni garang tau. dia satu kolej dengan seorang budak laki ni. playboy. diorang sbenarnye kawan sejak kecik. eh takkk parents diorg yang kawan. mereka berdua musuh! then diorg kene paksa kahwin and blablablablabla.
tau kan cerita apa? di alam realiti ni pun diorg duk ulang2 tgk cerita vanila coklat dah nak masuk alam maya aku pun dia nak cerita pasal zara and amir jgk??? tak boleh jadi ni. sebijik2 dialog zara and amir budak ni hafal. gua pun ape lagi. KROOOHHHHHHH KROHHHHHHHH
Ziera : ALONG!!!!!!! kakak tau along tipu! dushummmmmmm!!

sometime budak 10 tahun ni lagi matang tau bila kakak mereka terlupa diri seketika ;)


 
tgk bola!!! ;)



minggu kedua Muda balik. Muda ni makcik. dan anak2 nya. Alif,Azim,Najwa,and Dila. okay, mereka ni sangat manja dengan saya. tengah duduk sorang2 kat buaian depan rumah nenek datang la alif dengan adiknye. baru lepas gaduh la tu.

Alif : kaklong! saya ada teka-teki. jwb tau. ( alif mmg! setiap kali nampak aku mesti bg teka-teki )
saya : TAKNAKKKKKKK!!!!!!
Alif : takde! jwb jgk. cicak ape yg besar?
saya : bapak cicak?
Alif : salah!! tyrannosaurus!
saya : T-rex???
Alif : sebenarnye nama dinasour ni tyrant lizard ( and dia cerita semua jenis dinasour tapi dengan tekateki dialah. mak oiiiii bijak betul baru 11 tahun )
saya : mana awak tau semua ni ?
Alif : saya selalu pergi perpustakaan masa rehat. saya baca bukubuku sains. saya suka. kaklong cube teka berapa panjang ikan paus?
saya : errr.. lima org manusia?
Alif : boleh laa tapi blablabla

tanak cakap dengan budak ni dah. aku terpaksa google dulu sebelum jumpa! pastu dia bebel pasal umi dia selalu tgk perfect match. dia nak tgk bola pun tak boleh. and mcm2 rahsia aku dapat.

alif : kaklong, hari tu saya tumbuk seseorang!
saya : siapa? lelaki?
alif : tomboy. dia dia lempang saya.
saya : mana boleh macam tu. awak lelaki. mana boleh tumbuk perempuan.
alif : tapi dia dah jadi tomboy. kalau perempuan saya tak tumbuk.
saya : tomboy pun dia stil perempuan. kenapa awak tumbuk?
alif : saya suruh dia pakai tudung. masih mengaji saya tgk cantik dia pkai tudung pastu dia bukak. saya cakap lah berdosa tunjuk aurat. dia lempang saya.
saya : hahaha awak suka dia ye?
alif : dia tak pakai tudung la kaklong. saya dah suruh tapi dia tanak. saya jadi tak suka lah.
saya : hahahha. okaylah! bg kak long teka teki lagi. ;)

seeeeee! budak kecik pun tau aurat itu ape. dah pandai nak jadi pemimpin pulak tu. haha. alif alif. cakap byk tapi bagus. sampai azim nak share cerita pun dia boleh tutup mulut azim sbb suruh saya dengar cerita dia je.


sebenarnye kan... masa cuti ni saya selalu tengok video korang semua!!! korang? ermm video ramairamai main tepung! serious ouh! berapa kali pun tgk still boleh gelak. TAKKKKKKK mana ada aku rindu korang! -.- tengok video je kot! hahahaha. nnt ade hadiah tau! jgn lupa mintak! limited edition! sapa cepat dia dapat! ;) cuti ni mmg tgk video je keje. tau takkk saat camera zoom dekat tirai aku harap sangat angin tolak tirai then muka kau muncul. SEBAB KAU ADA DALAM TUUUUUU!!!! haha








 ps : rasa dia macam bila kita kecewa pasukan favo kita tak dapat jaringkan gol tapi kita tetap sokong pasukan tu :')

okaylah! nak tido. nite then! You take care ;)






wassalam

Wednesday, June 6, 2012

Bila April Tiba :D

Assalamualaikum ;)

ni updated kerap ni mula timbul mood balik la ni. maklumlah FB pun dah deactived, sampai group assigment yang tolong daftarkan dulu pun hilang. Kenelah daftar manual. mintak maaf lah my group members yang super hott tu. so, just because of that group kami adalah group yang last akan di interview. sekali lagi maaf. :) biarlah rasa annoying pun bila mintak maaf byk kali asalkan diri tak rasa ego untuk ucap maaf. cehhh, merepek ape ntah! ;p

okay, ini nak buka ceritera cerita dalam bulan april ni. Punyelah ramai sambut birthday bulan ni sehingga statistic penjualan kek di tesco pun melonjak naik. okay, kamilah tu beli kek tesco ;p sambung cerita balik. pada hari rabu tanggal 11/4/2012 sempena dengan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah and birthday Hazim ( sorry, aku tak wish pun. Main2 dgn aku kan? ;p ) kami kelas DIA4 section pun meraikan bakal2 agung kami iaitu kita ikut umur k. KAK LIA, ABANG MUSLIM, IZZ and LINDA. tarikh lahir mereka ni dekat2 so, kami sekali kan je la. banyak skit aktiviti boleh buat. (sangattt ) kami telah memilih Padang KPMB untuk dijadikan padang jarak padang terkukur apabila ada agenda membaling tepung :D Makanan semua jenama Tesco kerana kami semua adalah model Tesco terbaik alaf ini. mihun telah dimasak oleh iza ( niat dihati nak pi tolong tapi dia tak reply text org so, tak jadilah ;p) Tamau cerita panjang. Jom Chekidoutttttttttttt... ;p



mari bersantai selepas malam tadi memerah otak jawab test FIN yang ermmm entah laaaaa. -.-'

penat menanti kekanda2 kesuma. hamboii, make up mengalahkan kami si gadis.

sepatutnye breakfast tapi dah jadi lunch :D

minum duluuuuuuuuu

ini dah tatau gaya apa lagi nak buat. penat menunggu MINT, FATH and PALI.


 siapakah dia? dah mcm moist cake. ;p




lepas main tepung, kami main truth or dare. yang peliknye semua lelaki tanak main. takot la tu! pecah tembelang plak kan nnt. turun la saham. cuba lah kaum adam ni contohi kami kaum hawa yang sentiasa jujur an berani ni. aman rumahtangga. erkk. gaya cakap mcm dah biasa bermasalah dengan suami. oihhh mintak simpang la. mohon rumah tangga yang aman sejahtera. aminn. ;) masa permainan tu kan, Reha punya dare la paling best! sebab dia sangat sporting!!!! dia nyanyi bila larut malam Hahahaha. SUMPAH KELAKART WEYH!!!!! kalau la saya seorang yang tiada hati dah lama upload video tu. Sofia buat atashinchi pun best ! saya? erkkk... Diorang main perasaan ouhhh!!! tak baik sungguh! hikhik.

so, mcm biasa. habis activity balik bilik then tido. sangat penat. dengan test menanti pada harihari seterusnye. walau cuba dielak bagai bermain bola beracun but stil we have to face it. adat la dah nama pun student.
okay la. you got your present dah kan? tgk la puas2. walaupun biasa saje. itu sebenarnye diluar bidang saya. semalaman tak tido buat benda tu. sanggup ouhhhh. Ema pelik je tgk time subuh baru cari bantal. nak kate buat homework tidak. nak kate buat assgnment kenapa kene nyorok2 mcm tu. Haha the real me. sangat pemalu! ahaks!! itu sebab tunggu sofia tido dulu. ala bukan susah pun nak tunggu sofia tido. haha ;p

akhir kata, dalam apa juga pertalian mesti ada sikap untuk menghargai satu sama lain ;)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...