Aku intai dia
Di balik cermin kaca
Dia masih tekun
Dengan kerja tanpa penghujung
Terkadang meniup hujung selendang
Yang melitup cantik melepasi dada
Air muka tampak halus menyusur
Tutur kata disusun tegas fahaman pendengar
Buat diri sentiasa disegani
Dia punya akal bermotor kelas pertama
Senyum diukir pabila perlu
Beauty with the brain kata orang
Cukup positif
Kini sudut mejanya menarik mataku
Dua figura kaku berkongsi jiwa
Si isteri yang berdikari
Si sasa yang sentiasa memenuhi
Sut korporat membalut dua tubuh
Sudah cukup mengatakan
Dia mampu berdiri sendiri
Kepala dilentuk pada bahu suami
Tgn kanan pada letaknya hati suami
Kali ini aku nampak manjanya dia!
Hilang kehebatannya di pejabat
Diturunkan ego tatkala suami disisi
Kerana dia seorang isteri
Tangan si suami melingkari pinggang
Pautan kiri mati diperut yang berpenghuni
Dua senyum terukir
Aku dan dia nampak sempurna!
Tuhan,
Jadikan aku pemilik mimpi ini.



No comments:
Post a Comment